CERITA PENGALAMAN TENTANG JAUNDIS
Hari ini 20.7.2017 selepas berjaya menghasilkan perpustakaan mini di dalam rumah, terpandang buku Panduan Sihat Wanita Dan Kanak-Kanak , tulisan Hafizah Iszahanid. Tak terperasan ada menyimpan buku ini kerana selepas membeli bacaan scan dan skiming sahaja. Buku ini yang amat bermanafat telah tersimpan di dalam tong .
Adakala teringat , apabila saya berkongsi tentang anak saya yang tidak mendapat penyakit kuning atau jaundis sering kali tidak diendahkan oleh masyarakat umum. Tidak mengapa jika mereka sanggup berubat selepas anak mendapat penyakit kuning.
Komplikasi Jaundis
Jika kita berdarah O, mungkin kebarangkalian anak mendapat darah O tambahan lagi suami berdarah O dan isteri berdarah O seperti saya. Mungkin ada sesetengah orang berpendapat jaundis merupakan masalah biasa. Ini kerana masalah ini dialami oleh 60% bayi matang dan 80 % bayi pramatang. Banyak faktor yang menyebabkan risiko bayi berhadapan dengan risiko penyakit kuning seperti pengambilan jamu yang terlalu cepat.
Walaupun jaundis merupakan masalah biasa , ia mungkin boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang serius dan jika tidak dirawat boleh membawa kepada kematian. Bilirubin boleh merosakan otak merupakan alasan utama mengapa ia perlu diubati. Risiko untuk bilirubin merosakkan sel otak berlaku dalam tempoh 36 jam terutama pada bayi pramatang, bayi yang lahir dengan berat yang sedikit dan bayi yang sakit. Bilirubin boleh tembus ke otak dan menyebabkan kerosakan satu daripada masalah yang timbul adalah cerebal paslsy dan pekak ( high frequency neuro deafness). Ia boleh membawa maut jika tidak dirawat. Maka, dapatkanlah rawatan sekiranya anak anada didapati menghidapi penyakit kuning atau jaundis.
Bagaimana Mengenal Jaundis ?
Semasa ibu yang baru lepas bersalin, kebiasaan jururawat akan membuat pemerhatian bayi. Kemungkinan bayi ditandai dengan warna kuning yang kelihatan pada mata dan kulit. Jika kita perhatiakan najis bayi yang mendapat penyakit kuning , najis juga tidak berpigmen ( berwarna kuning pucat atau putih ). Kebiasaan jika terdapat tanda-tanda awal ini, jururawat akan meminta ibu bayi menghantar anak ke klinik kesihatan yang berdekatan untuk semakan lebih lanjut dan jika ibubapa bayi ingkar mereka akan diminta untuk mentandatangani borang pelepasan tanggungjawab jururawat.
Warna kuning pada mata dan kulit itu disebabkan kenaikan paras bilirubin (sel darah merah lama) dalam sistem darah. Peningkatan itu terjadi kerana ketidakseimbanagn antara produksi dan penyingkiran bilirubin. Bilirubin dikeluarkan daripada badan menerusi air kencing dan najis. ketika hamil , tubuh ibu akan menyingkirkan bilirubin daripada fetus melalui plasenta. Cuba difikirkan secara logik, selepas lahir tentu sahaja bayi perlu menyingkirkan bilirubin sendiri.
Terasa bersyukur, mendapat sedikit perkongsian dari seorang Penyelia Jururawat ( Matron ) yang sedang membuat penyeliaan seorang jururawat di Wad Kanak-Kanak Khas Nuseri di sebuah hospital swasta di Batu Pahat. Melalui apa yang diajarkan kepada jururawat muda tersebut, beliau menekankan konsep penyingkiran bilirubin dari tubuh dan masalah kekurangan air ( dehydration ) . Ini kerana kekurangan air memperlahankan tindakan menyingkirkan bahan buangan dalam masa yang sama bilirubin juga memerlukan masa yang lama untuk keluar dari tubuh melalui air dan najis.
Hari ini 14.10.2018, seorang rakan bercerita mengenai anaknya yang masih mengidap jaundis. Masih ada lagi ibu bapa yang mengatakan jaundis adalah penyakit bawaan kuman. Entah saya pun tidak pasti sebab bukan doktor. Dari penceritaan beliau, anak menyusu badan. Itu sudah bagus. Saya cuba menyampaikan masalah bilirubin dan kaitan dengan kekurangan air. Saya ingin kepastian dari beliau berapa kali anak beliau minum. Belum dapat kepastian penukaran pendapat, beliau sudah mengatakan anak sudah minum kenyang dan tidur.
Agak sukar untuk saya memberi pendapat kerana beliau tidak mendengar tetapi banyak berhujah. memandangkan itu adalah anak beliau saya hanya mendiamkan diri kerana beliau mengatakan sudah memberi jus anggur, air susu kambing dan herba cina.

Comments
Post a Comment